Amber Courier

amber courier tracking

Track Amber Courier Malaysia

+60138810307    [email protected]    http://www.ambercourier.com




Amber Courier ialah syarikat penghantaran yang ditubuhkan di Sarawak pada tahun 2002. Syarikat ini merupakan salah satu perkhidmatan kurier dan logistik yang menyediakan pelbagai khidmat penghantaran untuk keperluan pasar berlainan. Oleh sebab itu, setiap cawangan berusaha menyokong keperluan pelanggan terutamanya di Sarawak.

Perkhidmatan utama yang disediakan ialah penghantaran ekspres pintu ke pintu. Amer Courier memiliki kerjasama dengan beberapa pusat ekspres lain yang beroperasi di Malaysia Timur bagi memudahkan penghantaran barang.

Untuk memastikan semua bungkusan dihantar tepat masa, Amber membuat sistem penjejakan real time. Selain itu, untuk menjimatkan masa dan kos penghantaran, Amber juga menyediakan penyelesaian penghantaran pejabat. Syarikat ini sentiasa menumpukan perhatian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka.

Amber telah terdaftar sebagai ejen kastam berlesen dan menjadi ahli SFAA yang berafiliasi dengan FMFF (International Federation of Freight Forwarders Association) pada tahun 2005. Perkhidmatannya pun semakin luas dengan adanya perkhidmatan pengangkutan udara dan laut antarabangsa.

Amber merupakan salah satu pelopor industri pengangkutan yang tetap bersaing bagi mengekalkan kedudukan di pasaran. Di tahun 2009 Amber Courier mendapat lesen dari SKMM dan menjadi satu-satunya syarikat kurier di Malaysia Timur yang berdaftar dengan AMEC.