FMX

Track FMX Shipments

 1700-818-369      [email protected]      https://www.freightmark.com.my/fmx



FMX ditubuhkan pada May 2009 sebagai syarikat penghantaran yang menyediakan perkhidmatan domestik dan antarabangsa. Syarikat ini mempunyai lebih dari 1,000 pekerja yang beroperasi di 5 negara di dunia untuk memberikan perkhidmatan terbaik. FXM mempunyai jaringan yang berkedudukan di lokasi strategis di seluruh Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur, dan Brunei.

Syarikat logistik FMX menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran dan kargo. Untuk penghantaran domestik dari dan ke bandar-bandar utama di seluruh Malaysia, FMX menawarkan perkhidmatan penghantaran hari berikutnya. Sementara untuk kawasan luar bandar, FMX mampu membuat penghantaran dalam dua atau tiga hari dengan perkhidmatan penghantaran ekspres.

Sementara itu, untuk penghantaran antarabangsa, perkhidmatan FMX meliputi 200 negara iaitu penghantaran ekspres dan ekonomi. Untuk penghantaran ekspres antarabangsa, pengguna boleh menghantar hingga berat maksimum 500kg. Penghantaran ekonomi antarabangsa pula, maksimum 1,500kg untuk kawasan Asia Tenggara dan 500kg untuk negara lainnya.

Lebih jauh, selain disokong oleh pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, syarikat ini juga menyediakan penghantaran logistik melalui darat, laut, dan udara, serta perkhidmatan rundingan dan desain. Sebagai penyedia Logistic Supply Chain, semestinya FMX mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan untuk keperluan logistik.

Akhir sekali, bagi memudahkan pengguna melacak keberadaan barang, dokumen, atau bungkusan yang dihantar, FMX memberikan kemudahan pelacakan melalui laman sesawang. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor tracking atau nombor rujukan pelanggan semasa membuat penghantaran. Anda pun dapat melacak barang dengan memasukkan nombor rujukan ke kolom di artikel ini.