Line Clear Express

Track Line Clear Express Shipments

 +60355905590      http://www.lineclearexpress.com/



Line Clear Express merupakan syarikat kurier yang membuka perkhidmatan penghantaran domestik dan antarabangsa ke lebih dari 200 negara. Syarikat ini juga menawarkan simpanan gudang untuk sementara ataupun jangka panjang yang dijalankan secara sistematik dan teratur.

Syarikat bernama penuh Line Clear Express & Logistics Sdn. Bhd. ini ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah kepemilikan MMAG Holdings Berhad. Saat ini, Line Clear telah mempunyai lebih dari 66 cawangan di seluruh Malaysia. Mereka juga mempunyai stor yang berada di Subang UEP (Selangor), Tambun (Penang), dan Gelang Patah (Johor) serta tempat strategis lain yang beroperasi hingga 18 jam sehari.

Sementara itu, perkhidmatan penghantaran Line Clear disokong oleh 800 buah kenderaan termasuk kenderaan berat dan motosikal. Dengan kekuatan yang dimiliki saat ini, dalam sehari Line Clear mampu menguruskan hingga 100,000 AWB (airway bills). Perkhidmatan seperti kurier, kargo, insuran transit, pergudangan, dan penanganan khas dijalankan dengan baik dan teratur oleh syarikat ini setiap harinya.

Selain perkhidmatan kurier, Line Clear juga menyediakan penghantaran barangan basah atau produk segar dengan masa penghantaran pantas untuk menjaga kualiti produk. Namun, perkhidmatan ini hanya tersedia di beberapa cawangan terpilih di seluruh negara.

Line Clear mempunyai matlamat membantu memajukan bisnes dan ekonomi masyarakat semasa. Oleh sebab itu, syarikat ini terus menaiktaraf teknologi dalam penghantaran yang memudahkan pengguna. Contohnya, teknologi Scan2Deliver yang memungkinkan pengguna mendapatkan maklumat berkenaan barang melalui aplikasi atau laman web.