ENF merupakan platform e-commerce tempatan yang diasaskan oleh Edwin Yong pada tahun 2015. Setelah berjaya beroperasi di Malaysia, platform ini meluaskan jangkauan ke negara jiran, Singapura. ENF Express membolehkan pengguna menjual dan membeli pelbagai produk dalam talian. Kerana penggunaan unsur mudah alih dan sosial yang dibina dalam konsep, ENF mampu memberikan rangkaian produk yang luas, komuniti sosial untuk penerokaan, dan perkhidmatan yang memuaskan.
Menggunakan platform ini, pengguna boleh menyemak harga, membeli belah dalam talian semasa rehat bekerja ataupun dalam perjalanan. Disepadukan dengan logistik, platform ini ingin menjadikan pengalaman membeli-belah dalam talian menjadi mudah dan selamat untuk penjual dan pembeli.
Untuk menikmati kemudahan dan faedah termasuk harga diskaun, pemberitahuan tarikh tamat tempoh cukai jalan, dan tarikh servis kereta, dinasihatkan anda menyertai keahlian ENF. Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu pasar online dan penghantaran makanan untuk kawasan Johor Bahru. Ada juga pelbagai produk keperluan asas, elektronik, dan automotif, hingga penghantaran logistik ENF Express.