Flickpost ialah syarikat kurier yang mempunyai operasi khas dalam penyelesaian rentas sempadan untuk penghantaran barang ke lebih dari 200 negara. Syarikat ini mengunakan perkhidmatan pengangkutan udara dan mempunyai rangkaian pos antarabangsa untuk memudahkan penghantaran dari satu destinasi ke destinasi lain.
Pilihan penghantaran melalui Flickpost biasa diambil oleh pengguna yang masih baru dalam bisnes eBay sebagai alternatif selain Pos Malaysia.
Antara keutamaan yang dimiliki oleh Flickpost ialah tiada kos pendahuluan, tiada kos langganan, tiada kuantiti minima untuk setiap penghantaran, dan harga yang berpatutan. Flickpost juga menyediakan perkhidmatan pengambilan barang ke tempat pelanggan sehingga boleh menjimatkan kos dan masa.
Syarikat ini menyediakan tiga jenis perkhidmatan penghantaran ke luar negara iaitu Economy Semi-tracked dan Economy Plus dengan masa penghantaran 6 – 12 hari, serta Standard 2 – 6 hari. Flickpost juga memberikan perlindungan insurans untuk pembelian online anda apabila barang rosak, hilang, atau dicuri semasa transit. Dengan kelebihan yang ada, Flickpost sesuai untuk pembelian barang secara dalam talian dari luar negara.