Mantap Express

Track Mantap Express Shipments

+6088416632    [email protected]    https://www.mantapexpress.com/



Mantap Express ialah syarikat kurier tempatan dari Sabah yang menumpukan kepada pasaran di Sabah. Syarikat ini menyediakan pengangkutan dan logistik untuk penghantaran batu pertama dan terakhir. Kebanyakannya operasi dibuat untuk industri perniagaan serta pelanggan B2B dan B2C.

Syarikat Mantap Express ditubuhkan oleh Nelson Sikin untuk mewujudkan perkhidmatan penghantaran cepat di Sabah. Ia juga berkomitmen menjadikan syarikat ini sebagai pilihan pertama kurier bagi orang Sabah. Untuk memperluas peluang logistik dan pengangkutan, Mantap Express mendorong peningkatan perkhidmatan, platform, dan model perniagaan.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Mantap Express iaitu Flash, Value, dan Super48. Flash ialah penghantaran untuk hari yang sama di bandar yang sama menggunakan kadar penghantaran biasa. Tiada bayaran tambahan dikenakan untuk servis ini. Selain itu, Value ialah penghantaran pada hari berikutnya dari dan ke bandar-bandar utama di Sabah. Yang terakhir, Super48 yang merupakan perkhidmatan penghantaran 48 jam ke bandar-bandar terpilih di Sabah.

Dengan memilih Mantap Express, pemilik perniagaan tidak perlu risau dengan kos penghantaran yang berubah-ubah. Syarikat ini sememangnya ditubuhkan untuk membantu pemilik perniagaan dengan pasukan yang berpengalaman dalam industri ini.

Salah satu keutamaan yang dimiliki Mantap Express ialah mampu memberikan jaminan penghantaran ke Kota Kinabalu dalam masa maksimum dua hari. Syarikat juga menjamin penghantaran percuma dan wang tunai bila penghantaran tak sampai pada masa yang telah ditentukan.

Selain itu, jika pelanggan tidak ada masa untuk membawa bungkusan ke cawangan Mantap Express, mereka dapat melakukan pengambilan secara percuma ke rumah pelanggan. Menggunakan Mantap Express, pelanggan boleh membuat penghantaran melalui laman web, membayar, membuat penghantaran, dan mencetak label terus. Seterusnya, pekerja dari Mantap Express akan mengambil bungkusan di rumah. Pelanggan juga boleh datang ke cawangan berhanpiran di seluruh Sabah untuk membuat penghantaran.