NinjaVan

Track NinjaVan Shipments

 +601117225600      https://www.ninjavan.co/



NinjaVan merupakan syarikat penghantaran berpangkalan di Singapura yang operasinya telah menjangkau beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 oleh seorang trader saham yang bekerja untuk Barclays iaitu Chang Wen Lai.

Bersama dua orang rakan, ia memulakan bisnes online yang berfokus kepada penjualan pakaian. Berbeza dengan penjual lain yang menggunakan perkhidmatan kurir, mereka menghantar terus pesanan kepada pelanggan. Selepas itu, mereka mula mengambil upah menghantar barangan orang lain, selain barangan perniagaan sendiri. Setahun kemudian, mereka mula menumpukan perhatian kepada bisnes penghantaran barang.

Selepas mendapat pelaburan dari Eduardo Saverin, salah seorang pengasas bersama Facebook dan Monk’s Hill Ventures, NinjaVan mula berkembang. Dalam masa setahun, mereka telah mempunyai cawangan di Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, dan Vietnam.

Hingga hari ini, syarikat ini memiliki lebih dari 20,000 pekerja tetap di berbagai negara. Pada tahun lepas, syarikat ini diperkirakan bernilai $300 juta. Oleh kerana perkembangannya yang sangat baik, syarikat ini mula dilihat oleh pelabur-pelabur di luar Singapura, seperti European Delivery Group yang dijangkakan akan memberikan pelaburan dalam masa terdekat. Mereka juga bekerjasama dengan Grab untuk meningkatkan lagi perkembangan perniagaan mereka.

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh NinjaVan ialah teknologi “real-time tracking updates” yang memungkinkan pengguna melacak bungkusan yang dihantar melalui GPS. Anda juga boleh melakukan pelacakan atau tracking NinjaVan Malaysia di halaman ini.