WePost Malaysia Tracking Number

wepost tracking

Track WePost Malaysia

 +6072830083      [email protected]      https://www.wepost.com.my




WePost Sdn Bhd merupakan syarikat yang terdaftar di Malaysia sejak tahun 2017 yang bergerak di bidang logistik dan penghantaran. Syarikat ini memberikan kemudahan dalam pembelian barang dari China seperti TaoBao dan Tmall hanya dengan beberapa klik sahaja.

Perkhidmatan yang disediakan meliputi pergudangan, kargo, hingga kurir dari pintu ke pintu dengan proses yang ringkas. WePost juga menyediakan perkhidmatan penghantaran domestik yang dapat ditempah melalui laman web. Seterusnya, kurir akan mengambil barang dari alamat anda untuk dihantar ke alamat tujuan dalam masa satu hingga dua hari kerja.

Cara ini sangat memudahkan pengguna kerana pengguna tak perlu keluar dari rumah untuk menghantar barang. Hanya dengan sentuhan jari di layar telefon bimbit, barang atau bungkusan dapat terus dihantar. Semestinya cara ini sangat menjimatkan masa, juga menjimatkan wang kerana cas yang dikenakan lebih murah daripada pos. Untuk menepati keperluan pelanggan, WePost menyediakan beberapa pakej berbeza dengan harga berpatutan. Harga terendah yang ditawarkan ialah mulai RM5.6 untuk 5kg pertama.

WePost juga menyediakan penghantaran cepat atau Speed Delivery Service untuk keperluan bisnes ataupun persendirian. Perkhidmatan ini disyorkan untuk pengguna yang memerlukan khidmat penghantaran yang mendesak sahaja. Barang akan sampai dari gudang di China dalam masa dua atau tiga hari. Namun, perkhidmatan ini baru disediakan untuk kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya di Malaysia Barat.