Ping-U merupakan platform penghantaran yang menyediakan pelbagai khidmat penghantaran yang mudah. Perkhidmatan yang disediakan meliputi penghantaran dari pintu ke pintu, pintu ke titik, titik ke pintu, pintu ke pintu, bahkan secara pukal.
Cara menggunakan Ping-U sangat mudah, anda cukup menuliskan butir-butir penerima dan menyediakan bungkusan. Selanjutnya bungkusan sedia untuk dihantar.
Membuat penghantaran bungkusan dengan Ping-U lebih selesa untuk anda yang berada di sekitar Lembah Klang. Anda boleh datang ke Ping-U Points bila-bila masa untuk mengambil atau menghantar bungkusan, termasuk waktu malam dan hujung minggu.
Ping-U menyediakan aplikasi mudah alih dan laman web untuk memudahkan pengguna menghantar dan mengambil bungkusan. Kemudahan digital yang disediakan amat ramah pengguna sehingga hanya dengan beberapa klik sahaja, anda boleh membuat penghantaran. Menerusi laman web dan aplikasi, anda pun boleh mengesan bungkusan di mana sahaja dan bila-bila masa. Dengan kakitangan dan peniaga terlatih yang ada, bungkusan anda akan selamat sampai ke destinasi.
Untuk pengetahuan anda, mulai 25 Oktober 2021, Ping U sudah tak melayani pengambilan di luar Lembah Klang. Anda boleh melayari laman rasmi Ping-U untuk mendapatkan maklumat berkenaan senarai tempat yang masih boleh dilayani.