City-Link Express ditubuhkan oleh Dato’ David Tan pada tahun 1979 di Malaysia. Syarikat penghantaran ini terus berkembang sehingga berjaya melebarkan perniagaan ke Singapura, Thailand, China, dan Hong Kong. Di Malaysia sendiri, syarikat ini memiliki lebih dari 700 cawangan dan outlet yang tersebar di seluruh negara.
Dengan pengalaman lebih dari 40 tahun dalam bidang penghantaran dan logistik, syarikat ini terus menaiktaraf sistem perkhidmatan mereka. City-link mempunyai 12 perkhidmatan berbeza untuk kepuasan pelanggan. Perkhidmatan yang disediakan antara lain kurir dan penghantaran dari pintu ke pintu, penghantaran kargo melalui darat dan laut, serta warehousing.
City-Link Express juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan barang dan dokumen dari luar negara ke Malaysia. Penghantaran melalui udara yang disediakan telah dipercayai oleh ramai pelanggan perseorangan dan juga syarikat. Bagaimana pun, City-Link Express juga mempunyai perkhidmatan lain iaitu Same Day Delivery, penghantaran domestik dalam tempoh kurang dari 24 jam. Perkhidmatan ini sangat membantu untuk penghantaran dokumen dan barang mendesak.
Untuk menggunakan perkidmatan City-Link, pelanggan dapat terus datang ke mana-mana cawangan dan Drop-in Centre. City-Link Express menyediakan perkhidmatan penghantaran ke titik terdekat untuk memudahkan pelanggan mengutip bungkusan. Lebih jauh, City-Link juga menghadirkan Parcel Guard, pakej serendah RM 5 untuk penghantaran dokumen atau bungkusan penting dengan selamat.
Kesimpulannya, City-Link Express bekerja keras untuk kepuasan dan kesetiaan pelanggan. Untuk melacak barang atau bungkusan yang anda hantar, boleh gunakan form track City-Link Express ini.