Pickupp merupakan platform penyampaian teknologi atas permintaan yang terkemuka di Asia. Platform ini menyediakan penghantaran ke batu terakhir dengan lebih baik. Pada masa ini, Pickupp mempunyai lebih dari 10,000 pengguna di Malaysia dan lebih dari 30,000 pengguna di seluruh Asia.
Dalam masa 4 jam di hari yang sama, hari berikutnya, dan 1 hingga 3 hari penghantaran, platform ini mampu memberikan perkhidmatan kurier dari pintu ke pintu yang lebih baik. Dengan armada ejen penghantaran bebas yang boleh menyampaikan apa sahaja, bila-bila masa, dan di mana sahaja, pengguna dapat lebih menjimatkan kos operasi.
Proses perjalanan penghantaran hanya 4 jam dimulakan dengan membuat pemesanan, pemeriksaan pesanan, bungkusan diambil oleh ejen, dan seterusnya dihantar ke alamat penerima. Untuk penghantaran hari berikutnya, di hari pertama, pelanggan perlu membuat pesanan, barang akan dikutip dan disimpan di gudang. Seterusnya, di hari kedua penghantaran akan dibuat dan sampai pada hari tersebut ke tangan penerima.
Untuk penghantaran dari pintu ke pintu di hari yang sama, Pickupp melayani kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Puchong, Putrajaya, dan Cyberjaya. Selain itu juga Serdang, Seri Kembangan, Balakong, Subang Jaya, Klang, Shah Alam, Ampang, Cheras, Gombak, Wangsa Maju, Bangi, dan Kajang.