YM Global ialah jenama yang dimiliki oleh YM Global Express And Logistics Services Sdn. Bhd. Syarikat ini mempunyai pengalaman dalam pengurusan produk di gudang dan pengedarannya. Berkedudukan di Bandar Seri Alam, Masai, Johor, YM Global beroperasi mulai pukul 9 pagi hingga 5.30 petang kecuali cuti umum.
Perkhidmatan yang disediakan untuk semua kawasan dalam negeri ialah Same Day, Standard, dan Bulk Shipment. Untuk Same Day, kurier akan mengambil barang dan membuat penghantaran di hari yang sama. Sedangkan Standard, penghantaran akan dibuat dalam masa 1-2 hari kerja. Bulk Shipment pula merangkumi penghantaran pukal untuk kawasan dalam negeri.
YM Global juga memberikan perkhidmatan penghantaran antar negeri yaitu Standard, Next Day dan Bulk Shipment. Ada juga penghantaran di hari yang sama atau Same Day, penghantaran khas untuk urusan diplomatik dan pengembalian barang. Untuk perkhidmatan antarabangsa, YM Global menyediakan penghantaran dari pintu ke pintu, penghantaran barang berat dan pukal ke lebih dari 100 negara dengan harga berpatutan.