DropIt

Track DropIt Shipments

 +601127189424      [email protected]      http://www.dropit.my/



Dropit merupakan syarikat penghantaran milik usahawan tempatan dari industri teknologi telco dan penerbangan. Syarikat yang berkedudukan di Damansara Perdana, Petaling Jaya ini membolehkan penghantaran jarak jauh kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang. Perkhidmatan mereka bergantung pada aplikasi telefon mudah alih dan keupayaan GPS untuk memadankan inventori dan permintaan pengguna.

Dropit menumpukan operasi penghantaran pada hari yang sama atau hari berikutnya untuk memberikan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu yang profesional dan terpercaya. Penghantaran di hari yang sama menyediakan pilihan penghantaran yang fleksibel termasuk atas permintaan, penghantaran malam, berjadual, dan multi-drop. Dropit juga menyediakan pilihan pembayaran tunai atas penghantaran.

Setiap penghantaran, Dropit akan memberikan maklumat melalui SMS dan kemudahan penjejakan satelit secara real-time. Menggunakan sistem dan teknologi terbaharu, perkhidmatan dari Dropit lebih cepat, cekap, dan boleh disesuaikan dengan keperluan pelanggan. Kesemua perkhidmatan yang ditawarkan juga dengan harga berpatutan yang menjimatkan.