GoGet

Track GoGet Shipments

 contac[email protected]      https://goget.my/



GoGet merupakan platform penghubung individu dengan tenaga kerja yang dipercayai untuk menjalankan tugas yang mudah. Platform ini juga menyediakan khidmat penghantaran bungkusan dan dokumen ke seluruh Malaysia. Teknologi yang digunakan oleh GoGet membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan yang selesa.

Antara perkhidmatan penghantaran yang disediakan iaitu penghantaran pada hari yang sama, penghantaran standard, penghantaran ekspres, dan penghantaran pukal.

Untuk penghantaran pada hari yang sama boleh dibuat sebelum pukul 5 petang pada hari yang sama dengan harga serendah RM6. Pelanggan boleh memilih masa antara pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari untuk pengambilan. Pengambilan yang dipilih dan pukul 3 petang, penghantaran akan diselesaikan sebelum pukul 5 petang di hari yang sama. Anda boleh memilih sehingga 2 perhentian atau lokasi unik. Perkhidmatan ini sesuai untuk penghantaran bungkusan, dokumen, dan item yang tak sensitif masa.

Sementara itu, perkhidmatan penghantaran standard tersedia 24 jam dan 7 hari seminggu. Perkhidmatan ini juga membolehkan anda memilih sehingga 2 perhentian atau lokasi unik. Penghantaran ini sesuai untuk pelanggan perniagaan anda yang menempah awal.

GoGet juga menyediakan penghantaran ekspres yang disahkan untuk penghantaran antara pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari, termasuk pada hari cuti umum. Perkhidmatan ini sesuai untuk menghantar kek, bunga, dan barangan yang rapuh dan sensitif masa. Penghantaran ekspres ini juga membolehkan anda memilih 2 perhentian.

Terakhir iaitu penghantaran pukal yang mempunyai lebih daripada 10 penghantaran untuk diatur dalam satu masa. Kadar rata diberikan bagi setiap penghantaran. Untuk penghantaran pukal, penghantaran akan dibuat dalam masa 4 jam dari pengambilan. Anda boleh menjadualkan lebih awal atau menetapkan pengambilan dalam masa 30 minit dari permintaan. Perkhidmatan ini sesuai untuk penghantaran besar-besaran di musim puncak.