M Xpress Sdn. Bhd, sebelumnya dikenali sebagai Sure-Reach Worldwide Express Sdn. Bhd ialah syarikat logistik yang ditubuhkan pada tahun 2003. Syarikat ini hadir dengan dengan misi menawarkan penghantaran dan perkhidmatan logistik yang mudah dan mesra pelanggan.
Syarikat penghantaran M Xpress ialah salah satu syarikat pengiriman ekspres yang berkembang pesat dan memiliki reputasi kepercayaan dari pelanggan. Saat ini, syarikat M Xpress telah beroperasi dari 60 stesen servis, mempunyai lebih dari 600 kakitangan dan lebih dari 120 armada kenderaan.
Perkhidmatan yang disediakan iaitu servis penghantaran lengkap merangkumi penghantaran di hari yang sama, penghantaran hari berikutnya, dan tracking GPS. Penghantaran ini boleh dibuat untuk destinasi domestik dan antarabangsa melalui kerjasama dengan SkyNet Asia Pacific Inc.
Syarikat ini juga menyediaka perkhidmatan warehouse dan fulfillment. Sebagai platform perkhidmatan perniagaan sehenti, M Xpress menawarkan kemudahan satu titik hubungan tunggal untuk pemenuhan pelbagai peringkat rantaian bekalan dan keperluan logistik. Ruang penyimpanan yang tersedia juga diuruskan dengan baik untuk memenuhi permintaan pelanggan.