Poslaju merupakan salah satu anak syarikat kepada Pos Malaysia Group. Sebagai syarikat yang telah berdiri selama lebih dari 200 tahun, Pos Malaysia selalu berusaha memberikan perkidmatan yang sesuai dengan perkembangan semasa.
Untuk memudahkan pengguna, Poslaju Express membuka banyak cawangan di berbagai tempat. Poslaju mempunyai lebih dari 100 agen yang tersebar di seluruh negeri untuk memudahkan masyarakat menghantar bungkusan, terutamanya untuk kawasan luar bandar.
Meskipun sekarang telah ramai syarikat penghantaran yang beroperasi di Malaysia, Poslaju tetap mendapat tempat di hati pelanggan. Apalagi, sejak menjelang tahun 2020 ramai peniaga yang mula mengoperasikan jualan dalam talian sehingga meningkatkan jumlah pengguna Poslaju.
Perkhidmatan Poslaju Express
Perkhidmatan yang diberikan Poslaju meliputi penghantaran dokumen dan bungkusan untuk kawasan dalam negara dan luar negara. Produk yang ditawarkan oleh Poslaju untuk penghantaran domestik iaitu next day delivery, same day service, dan time certain delivery. Sementara itu, untuk next day delivery, penghantaran barang atau surat boleh dibuat untuk keesokan hari pada hari kerja. Kecuali, untuk luar bandar mungkin akan ambil masa 2-3 hari.
Same day delivery pula memungkinkan bungkusan atau dokumen tiba di hari yang sama, dalam bandar yang sama. Adapun produk yang boleh dihantar menggunakan perkhidmatan ini ialah barang atau surat dengan berat kurang dari 1kg.
Time certain service pula disediakan bagi penghantaran mengikut standar untuk dokumen dan barang mulai pukul 10 pagi di hari bekerja. Perkhidmatan ini dibuka untuk seluruh bandar di kawasan Semenanjung Malaysia.
Poslaju juga menyediakan khidmat pembungkusan untuk dihantar terus iaitu Poslaju Prepaid Box & Envelope. Pengguna hanya perlu datang ke cawangan Poslaju dan membeli bekas dan sampul dari kaunter, bungkus barang, dan hantar terus di cawangan berkenaan.
Bagi melayani penghantaran ke luar negara, Poslaju menyediakan perkhidmatan international delivery yang boleh menghantar ke 232 negara melalui syarikat penghantaran global dan EMS (Express Mail Service). Perkhidmatan ini dibuka di 1,200 cawangan termasuk pejabat Pos utama, mini pos, dan agen yang telah dilantik.
Semua barang atau dokumen yang dihantar menggunakan Poslaju Express boleh dilacak secara online di website ini.