Skynet merupakan syarikat penghantaran tempatan yang sudah beroperasi lebih dari 28 tahun dan terus bersaing dengan syarikat lainnya di Malaysia. Saat ini, Skyenet Express telah membuka lebih dari 59 cawangan dan lebih dari 23 titik akses. Untuk menjalankan operasi, syarikat ini mempunyai 546 kenderaan dan disokong oleh lebih dari 1,000 pekerja.
Ditubuhkan sejak tahun 1992, Skynet berjaya memberikan perkhidmatan yang memuaskan di seluruh negara. Jumlah cawangannya pun dijangkakan akan terus bertambah. Perkhidmatan yang disediakan oleh Skynet di antaranya penghantaran hari berikutnya untuk alamat domestik, penghantaran laut dan udara, logistik dan warehouse, serta pembungkusan barangan tertentu.
Syarikat ini juga turut mengambil berat masalah pemanasan global dengan membudayakan kitar semula untuk barang-barang seperti kertas dan beg plastik. Bagi meningkatkan kepercayaan pengguna, Skynet berusaha meningkatkan kualiti dan integriti dalam perkhidmatan. Termasuk menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat yang sentiasa dinaiktaraf.
Seperti syarikat penghantaran lainnya, Skynet juga memberikan akses pelacakan bungkusan yang dapat dibuat di laman rasminya, juga bisa di track di site ini.