Yunda Express

yunda

Track Yunda Express Malaysia

 1300-88-8381      http://www.yunda.asia/




Yunda Express merupakan sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan membantu pelanggan dalam urusan penghantaran barang dari China ke Malaysia. Syarikat ini menyediakan penghantaran barang yang dibeli dari e-commerce China seperti Taobao.

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Yunda Express iaitu penghantaran lebih cepat dan selamat, serta harga yang berpatutan tanpa caj tersembunyi. Selain itu, syarikat ini juga memberikan perkhidmatan penghantaran dari gudang terus ke alamat pelanggan. Barangan dikendalikan dengan cermat sehingga takkan rosak ketika sampai ke tangan pelanggan. Perkhidmatan ini membolehkan anda terus membeli barang dari China tanpa menggunakan orang tengah dan mengeluarkan caj tambahan.

Untuk menggunakan perkhidmatan Yunda Express, anda boleh melayari laman web Yunda dan membuat akaun. Selepas itu boleh memulakan proses input dan memasukkan nombor pemesanan barang. Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh didapatkan di pejabat urusan Yunda Express di Shah Alam ataupun Kuantan.